Book Now

Call our hotline number 014-400 5050 or book via our website myezgo.com

Tips membeli kereta

Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai promosi & juga 'tangga-tangga' harga diletakkan oleh penjual kereta untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.

Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya (atau yang pertama).

Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar 'interest' pula kami letakkan sebanyak 2.58.

1 - Bagi RM2,000 dan ke bawah

Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.

Perodua AxiaHarga paling murah : RM 24,000Bulanan : RM240 (9 tahun)

Perodua Axia kini menjadi kereta paling murah yang paling berbaloi untuk dibeli. Selain murah, kereta ini juga dikatakan menjimatkan minyak. Di laman web rasmi Axia, kereta ini dikatakan mampu bergerak sejauh 21.5 km untuk setiap liter minyak. Namun menurut beberapa pengguna Axia, kereta ini bergerak sejauh 17 km - 18 km bagi setiap liter.

Proton SagaHarga paling murah : RM 33,243Bulanan : RM350 (9 tahun)

Proton Saga adalah kereta sedan yang paling murah di Malaysia. Kereta ini dilaporkan boleh bergerak sejauh 15km - 16 km bagi setiap liter minyak. Jika anda sudah berkeluarga dan mencari kereta yang mempunyai ruang yang lebih, ini kereta yang tepat untuk anda.

2 - Bagi RM2,000 - RM3,000

Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya : 

Perodua MyviHarga paling murah : RM 40,862Bulanan : RM 419 (9 tahun)

Jika pendapatan anda berada di dalam lingkungan ini, sudah semestinya kereta Myvi patut menjadi pilihan anda. Selain menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos 'maintainance'. Selain itu, Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.

Proton IrizHarga paling murah : RM 41,077Bulanan : RM 446 (9 tahun)

Apa yang membuatkan Iriz lebih istimewa dari pesaingnya, iaitu Myvi adalah ciri keselamatan yang lebih banyak. Walau bagaimanapun, ruang dalaman Iriz sangat terbatas. Dari segi penggunaan minyak, pengguna melaporkan ia boleh bergerak sejauh 14 km bagi setiap liter.

Nissan AlmeraHarga paling murah : RM 64,960Bulanan : RM 667 (9 tahun)

Kereta Nissan Almera boleh dikatakan antara kereta yang banyak dilihat di jalan raya. Mengikut reviu pengguna kereta ini boleh bergerak sejauh 13 km bagi setiap liter. Namun apa yang penulis paling tidak menggemari tentang Almera adalah designnya yang kurang ok. Mungkin Nissan boleh membaikinya pada model seterusnya.

Proton PreveHarga paling murah : RM 55,686Bulanan : RM 579 (9 tahun)

Preve boleh dianggap sebagai pengganti kepada Proton Persona. Namun model yang paling murah ini tidak didatangkan dengan enjin CVT iaitu teknologi tanpa gear. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 10.5 km bagi seliter minyak.

Perodua AlzaHarga paling murah : RM 50,702Bulanan : RM 520 (9 tahun)

Ini dia MPV kompak termurah di Malaysia, Perodua Alza. Dengan kekuatan enjin 1.5l kereta ini dikatakan boleh pergi sejauh 12.5km bagi setiap liter. Namun ada juga komplain dari pengguna yang berkata enjin yang dimasukkan 'tidak padan' dengan kereta ini.

Proton ExoraHarga paling murah : RM 53,797Bulanan : RM 558 (9 tahun)

Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari segi penjimatan minyak.

3 - Bagi RM3,000 - RM4,000

Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.

Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.

Antara kereta yang boleh dipilih adalah :

Honda CityHarga paling murah : RM 74,007Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)

Honda City kini menjadi kereta yang paling 'panas' di Malaysia. Ini kerana kereta ini dikatakan menyediakan pelbagai ciri yang tidak boleh didapati pada kereta lain di dalam kelasnya, seperti contoh fungsi Push to Start.

Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.

Mazda 2 (skyactiv)Harga paling murah : RM 85, 470Bulanan : RM 887 (9 tahun)

Mazda 2 yang terbaru didatangkan dengan enjin Skyactiv yang dikatakan sangat menjimatkan minyak. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 16.4 km bagi setiap liter. Wow. Dan bagi 100 km, kereta ini menggunakan 4.5 liter minyak (RM 10.00). Wow. 

Honda JazzHarga paling murah : RM 69, 566Bulanan : RM 722

Jazz memang terkenal dengan keluasan dalam kereta yang disifatkan sangat se-le-sa. Seperti abangnya, kereta ini juga turut mempunyai 'resale value' yang tinggi. Reviu dari pengguna mengatakan kereta ini boleh bergerak sejauh 17.4 km dengan 1 liter minyak. Lebih jimat berbanding Mazda 2. Namun bagi perjalanan jarak jauh, Mazda 2 masih lagi menang.

Toyota ViosHarga paling murah : RM72, 459Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)

Jika dibandingkan dengan Honda City, Vios sentiasa menang dari segi keselesaan dalaman. Kereta ini juga pernah disifatkan Raja Kereta kerana ia sangat popular pada satu ketika dahulu walaupun harganya tidaklah terlalu mahal. Laporan dari pengguna berkata kereta ini boleh bergerak sejauh 10km untuk seliter minyak.

Suzuki SwiftHarga paling murah : RM 65,888Bulanan : RM 684

Jika anda mementingkan gaya dan elegen, Swift patut menjadi pilihan anda. Kereta ini menjadi pilihan-pilihan remaja yang rata-rata gemarkan bentuknya yang kelihatan mewah. Walaupun kelihatan besar, keluasan dalaman kereta ini sebenarnya lebih kecil dari Myvi. Bedasarkan reviu pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 15 km setiap liter.

Nissan Grand LivinaHarga paling murah : RM 86,893Bulanan : RM 902

Anda mempunyai keluarga besar atau merancang untuk mempunyai keluarga yang besar? Grand Livina tentu menepati cita rasa anda. Kini Grand Livina adalah MPV yang paling murah di Malaysia. Selain itu, kereta ini juga turut mendapat pujian bagi perjalanan jarak jauh kerana menjimatkan minyak. Tapi bagi pemanduan di dalam kota, sebaliknya. 

Volkswagen Polo (sedan)Harga paling murah : RM 91,888Bulanan : RM 999 (7 tahun)

Kenapa Volkswagen Polo boleh masuk dalam senarai sedangkan harganya lebih dari RM90,000? Ini kerana Volkswagen kini sedang menawarkan 0% interest bagi pembelian keretanya. Ini bermakna pengguna cuma perlu membayar RM 999 sebulan dalam masa 7 tahun untuk merasai pengalaman memandu sebuah kereta 'continential'.

Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli.

**Reviu-reviu dari pengguna diambil dari laman web carbase.my

SHARE

KLezCar Port Dickson

Klezcar is a fastest growing brand car rental service in Kuala Lumpur (KL), Malaysia, consist of 70 branches in 13 respective state in Malaysia like Selangor, Melaka, Kuala Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor, Penang, Sabah and Sarawak. Klezcar servicing 1000++ various fleet of cars, ranging from cheapest car rental to luxury budget car rental and big bike rental such motor Harley Davidson for daily and monthly rental basis. We can be reach out by calling our hotline number at 1 300 88 4040. We provide car rental services with variety of car hire fleets from compact car, sedan, mpv and pickup cars. We aim to serve you better as our tagline "Why Dreaming?Rent It". For inquiries and reservation, just put your reservation here or you may directly call our at Hotline Number at 1-300-88-4040

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Flickr Images